Picture #1
Picture #2
Picture #3
Picture #4
Picture #5
Sekian……
Ini adalah sorotan dari koleksi hasil dari nikon d40. Gambar-gambar ini diambil samada sebelum atau selepas perlawanan bola sepak persahabatan antara Exec Body Shop vs All Star Body Shop. Akan tetapi gambar perlawanan tak ambik la pulak…hanya ambil gambar pasangan Sensasi Suami Isteri…..
Sila Layan gambar – gambar dari Nikon D40.
Picture #1
Picture #2
Picture #3
Picture #4
Sekian sajer untuk kali ini….harap terhibur dengan hasil yang tak seberapa ini.
Salam…..
Salam…bertemu kembali.
Sekian lama mendiamkan diri, kini kembali lagi. Kini kembali untuk menyingkap memori lama dengan camera DSLR pertama yang saya guna iaitu Nikon D40. Ini adalah antara hasil yang sempat saya rakamkan sebelum saya ‘let go’ camera nie.
Silibus yang paling penting dalam kelas nie adalah….
1. Shoot in Manual Mode
2. Teknik Re-compose
Ini Adalah 2 teknik yang saya paling ingat sampai sekarang. Tp bila masuk kelas B2I, lagi details yang terperinci…..
Koleksi Pertama : Basic Class For User Nikon D40/D40x
Picture #1
Picture #2
Picture #3
Picture #4
Picture #5
Picture #6
Ini adalah antara koleksi diambil mengunakan Nikon D40. Tenaga pengajar dalam kelas ni adalah dari Nikonian Academy…..yang diketuai oleh Andrew Boey.
Sekian Harap Maklum…..
Disini saya ingin berkongsi nota peribadi yang dah lama tersimpan dalam jagaan saya. Apa yang saya nak ceritakan untuk berkongsi maklumat dan juga sebagai saya punya “DENSO NOTE” supaya saya tidak lupa turutan dalam setting untuk sebelum shoot.
Akan tetapi, ada syarat yang penting sebelum untuk shoot dalam manual mode nie.
1. Mesti ler kena ada camera dulu (DSLR ler…..tp kalo nak pakai camera hp punya bole jugak)
2. Cara pegang pun kena betoi jugak…..
3. Kena ler paham istilah2 yang ada kat camera seperti ISO, Aperture, Shutter Speed, Metering dan White Balance (WB). – ini akan diterangkan dengan lebih jelas dan turutan untuk nak setting sebelum shoot dalam manual mode.
INI ADALAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK NAK SHOOT DALAM MANUAL
1. KENA TENTUKAN ISO…….!
Ape tue ISO : ISO nie sensitivity censor pada cahaya. Lagi tinggi ISO, lagi sensitive pada cahaya. Akan tetapi, lagi tinggi ISO….lagi mudah noise terhasil. So, saya mensarankan menguna ISO paling rendah….tp kalo dah tempat tue gelap, kita kena ler la juga increase kan ISO. Tetapi, dengan teknologi yang ada sekarang nie….contohnya D90 : maximum ISO tanpa noise sampai 1600. So kena check camera masing2 brapa maximum ISO tanpa noise.
Apa bila kita dah tau apa max ISO pada camera masing2….apa bila kita shoot gambar dalam manual mode..kadang2 gambar yang terhasil tue samada ( Under or Over exposed )….so untuk nak perbetulkan hasil under or over tadi….ISO lah salah satu yang kita patut adjust. Tp macam ner kita nak adjust?
Ada 2 benda kita kena paham : Pemahaman berkaitan ( Full Stop & Histogram )
Apa tue histrogram? Nie satu ilmu yang paling penting apabila kita ambil gambar dgn mengunakan camera DSLR. Histrogram ini lah yang akan memberitahu pada kita gambar yang kita ambil under ataupun overexposed. So, bila kita dah tau yang gambar yang kita ambil tue over atau under, dengan tanpa segan silu….adjust lah ISO dengan kadar yang perlu……1 stop over or 1 stop under berdasarkan histrogram gambar kita tue la.
FULL STOP ISO
Full Stop | 50 |
|
| 100 |
|
| 200 |
|
| 400 |
|
| 800 |
|
| 1600 |
1/3 stop |
| 64 | 80 |
| 125 | 160 |
| 250 | 320 |
| 500 | 640 |
| 1000 | 1250 |
|
Nie adalah carta yang kita kena paham dan tau……so, bila kita nak setting ISO or nak adjust berdasarkan histrogram ….hanya menggunakan FULL STOP ISO or TRUE STOP..100,200,400,800 dan 1600 sahaja. Yang lain tue…….paham2 jer la yea.
2. KENA TENTUKAN APERTURE
Saya rasa semua dah sedia maklum ape tue aperture….kalo dah pakai DSLR mesti ler penah dengar aperture kan. Entah2 lagi teror dari saya…….skali lagi saya nak ingatkan, nie adalah nota peribadi saya….bukannya saya nak mengajar. Ini adalah sebagai nota peribadi saya….kalo dah tulis kat blog nie, baru ler ingat sket. tak gitu…..
Apa yang saya nak terangkan kat sini adalah fungsi aperture. Kenapa kita kena tentukan aperture?
Jawapannya : Bagi saya ler…..kalo tuan puan ada jawapan lain, di alu2 kan. Aperture nie adalah untuk mengambarkan subject. Mood gambar yang macam mane kita nak…Sbb tue dari awal2 lagi kita dah kena tentukan siap2 hasil gambar yang macam mane yang kita nak ambik. Dengan kata lain : Aperture ni sebagai “ Story Telling “
FULL STOP APERTURE
Full Stop | 2.8 |
| 4 |
| 5.6 |
| 8 |
| 11 |
| 16 |
| 22 |
| 32 |
1/2 stop |
| 3.5 |
| 4.5 |
| 6.7 |
| 9.5 |
| 13 |
| 19 |
| 27 |
|
Seperti ISO jugak…kita hanya ambik gambar dengan mengunakan aperture FULL STOP or TRUE STOP 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22 dan 32. Yang lain tue……..paham2 jer la
Dan juga kita disarankan tidak adjust aperture apabila gambar over or under. Nape plak?
..so, tak kan ler….gambar yang kita ambik tue over or under, kita nak korban mood gambar yang kita dah ambik dengan adjust aperture, tak berbaloi kan. Dah elok2 tentukan hasil gambar macam ner yang kita nak ambil berdasarkan aperture….pastu nak ubah plak kan. Memang tak berbaloi…..lebih baik kita adjust ISO….x ganggu sape2 pun. tp kalo dah maximum ISO tapi gambar dok gelap jugak.
ada lagi satu tips kalo gelap jugak gambar walaupun ISO dah max : ambik penutup lens….tutup lens tue. lepas tue, off kan camera. Tutup lampu….tutup semua tingkap…..TIDO ler. Dah gelap bangat…apa mau ambik gambar lagi. hehehehehehe…jangan mare. Ingat…nie kita bercerita pasal available light….
3. Best Shutter Speed….!
Kenapa yang cakap best shutter speed…..bukan nya tentukan shutter speed? Saya ka yang kena jawap? Hmm……..mesti la kan…dah saya punya blog. saya la yang kena jawap.
Shutter speed tak dapat ditentukan sebelum kita ambil gambar. Shutter speed hanya dapat ditentukan semasa kita control untuk mendapat best condition untuk exposure berdasarkan available light pada masa tue. Shutter Speed dan ISO juga lah yang akan kita adjust untuk setting camera supaya gambar yang diambil over or under dapat dihindari.
Kadang – kadang….shutter speed dapat ditentukan juga sebelom kita ambil gambar…..nie nak kena refer nota nikonian ( Nikonian Academy ).
( credit to Nikonian academy : Andrew Boey )
Oleh sbb itu, shutter speed tidak dapat ditentukan sebelum kita ambil gambar. Dan hanya semasa kita ambil gambar sahaja, best condition pada masa tue kita kena tentukan best shutter speed yang kita akan ambil.
akan tetapi,
shutter speed pun ada jugak FULL STOP or TRUE STOP ….tp x payah la ingat. Semua benda nak kena hafal n ingat…jenuh ler kan.
Kesimpulannya…….
Ada 3 benda kalo kita shoot dalam manual mode ( ISO, Aperture dan Shutter Speed ). Tetapi hanya 2 sahaja yang akan berubah berdasarkan light pada masa tue iaitu ISO & Shutter Speed. Tapi bila kita dah dapat best condition ( good exposure )….tak payah dah ler nak adjust lagi apa2 pun setting kat camera. Shoot jer lah….sampai ler light tetiba berubah. Selagi light tak beruba….nape nak kena adjust camera kan….setuju tak?
Tapi macam ne nak tau light berubah ke tak?
Ini adalah berkait rapat dengan konsep METERING. Sepatutnya, metering lah bab yang paling awal untuk diterangkan. Tp saje jer nak bg dramatic sket….explaine last2….baru best.
Metering nie sebenarnya adalah satu alat untuk nak ukur available light pada sesuatu subject. Metering nie lah yang akan membaca light kat tempat yang kita tujukan camera with lens dan akan display kat camera punya display. Dari situ lah kita boleh tau apa best shutter speed yang kita kena decide untuk dapat good exposure. Tapi kena ingat……jgn shoot di bawah 1/30 – ini adalah perjanjian berdarah bersama nikonian academy…..tp kalo 1/30 exposure still under lagi….try adjust increase ISO. Tapi kalo dok under lagi….macam biasa…masuk tido ler
Akhir Kata….
Selamat membaca…..sekiranya ada terkurang…atau tersalah…minta bagi nasihat or perbetulkan yang mana tak betul. Ini berdasarkan pemahaman saya….minta tunjuk ajar yang mana saya terkurang.
Saya buat Nota nie sebagai sebahagian pembelajaran saya untuk lebih paham lagi dalam dunia photography nie.
Dan sekiranya anda ada idea…boleh ler kita berkongsi bersama untuk post saya yang akan datang. Dan juga sekiranya ada pertanyaan…boleh lah utarakan kepada saya. Boleh lah saya improve-kan dari comment tuan puan semua…..
p/s : saya nak berkongsi dengan kawan2 tempat saya mencari ilmu di Nikonian Academy…dan saya tersangat berterima kasih kerana selepas pegi kelas B2I yang diajar oleh Andrew Boey….hasilnya amatlah baik. Tp mana ada, pegi blaja satu kelas terus mantap….tp sekurang2nya better dari dulu….yang paling penting improvement.
Sekian saja dari saya…….harap mendapat feedback dari rakan2 semua berkenaan nota ringkas saya nie.
TQVM….
Sempenan Hari Raya Aidiladha, Pak teh saya telah merancang untuk mengadakan Majlis Akikah untuk cucu terbaru nya : Naufal ( nama penuh tak ingat )…hehehehe. Jangan Mare….tp majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. ini dalah sedutan yang sempat diambil pada majlis akikah di Dato’ Keramat……
Picture #1
Picture #2
Picture #3
Picture #4
Picture #5
Picture #6
Picture #7
Picture #8
Picture #9
Sekian saja untuk kali ini……harap ketemu lagi…
Nie adalah destinasi yang paling mencabar……matahari betoi2 atas kapla….mau gastriks kalo dok lebih dari 2 jam ( maklum la makan sket je pagi..sbb xsabau nak gi photoshoot )
Picture #1
Gambau2….yang dah lama teringin nak ambik. tp landscape nie mmg macam senang…tp susah rupanya nak shoot. “ maknanya….kena gi berguru lagi lerrrr…..”
Picture # 2
Nie rasa2 mcm okey….tp tak der okey pun. nie masalah kalo ilmu tak cukup.
Picture #3
semangat yan nie…..cuba tgk hasil yang mantap dari cameraman terhangat di pasaran nie : http://fazriani.wordpress.com/
Picture #4
Hmmmm….aku memang suka ambik B&W…xtau nape. Nie lagi satu hasil terbaru yang tak berapa baru
Picture #6
Picture #7
untuk lebih gambar siler lah click : http://fazriani.wordpress.com/ dan rasailah bahang kepanasan kalo ambik gambo matahari terpacak kat kepala.
edutan di kampung nelayan………sambil menyamar photographer dari majalah cuti-cuti malaysia - ada ke majalah nie…hehehehhe
Nie sahaja sedutan dari kampung nelayan………tunggu edisi di ladang padi pulak. sila layari blog model nie yang juga photographer yang akan menyelit ditengah2 otai2 yang lain : http://fazriani.wordpress.com/
Nie adalah sedutan2 terbaru outing kami ( aku & yan - http://fazriani.wordpress.com/) di daerah sekinchan. Sudah lama kami tak outing, dan kini bermula kembali.
PICTURE 1
Sungguh hepi model yang baru nak mencelah di antara model yang ada sekarang nie. Tp aku punya gambar takde lah sehebat mana sangat. boleh la takat nak improve teknik yang mana boleh…..kena banyak lagi ilmu nak kena cedok….
PICTURE 2
PICTURE 3
PICTURE 4
nie adalah sedutan yang tak seberapa dari kami……untuk aksi2 yang dari sudut lain pula sila berkunjung ke http://fazriani.wordpress.com/ dan hadiahkan nasihat yang bernas untuk rujukan kami bersama.